Header Ads

Program Vaksin Covid19 Kebangsaan 2021 Negeri Perak

 Awas posting ni Panjang 


26 Februari 2021 


Tengahari ni sambil layan gambar-gambar masa ambil di PPV stadium Indera Mulia tadi,terdetik pula nak share sikit gambaran semasa di pusat vaksinasi .




Sampai je di PPV (pusat pemberian vaksin) di stadium indera mulia ipoh ni kena daftar saringan suhu dan sign nama seperti dlm panggilan (kami Health care surat melalui whatsapp je) mudah dan cepat


Tunggu tak sampai 5 minit dah masuk ke stesen pendaftaran. Masa ni diberi borang consent -untuk sign persetujuan dan pengesahan nama/ kad pengenalan.Distesen ni akan ditanya sejarah alahan semua, so better kalian inform petugas tersebut jika ada alahan/sejarah penyakit/dan episod2 kecemasan sebelum ni disini.Lepas tu macam saya ada sejarah alahan ubat, kami akan dilekat Sticker pada baju sebagai pengenalan . Bukan pa untuk pemerhatian nanti perlu lebih 15 minit la berbanding yang tiada sejarah alahan. 





Disini juga MySejahtera diperlukan, kena buka profile dan submit untuk suntikan covid, Settle sini terus ke stesen menunggu untuk dengar video pendidikan berkaitan vaksin cominarty 


Duduk lagi ikut barisan 6 setiap line sebab vaksin ni ikut vial-1 vial akan dilarutkan dgn diluent dan akan diberi kpd 6 org sebanyak 0.3ml shj.Setiap syringe/jarum berbeza setiap orang( part ni kena bgtau sebab saya heran ada netizen bgtau ‘syringe/jarum’ kongsi??? Apakah? Aseptic technic okeh..sila gugel kalau tak paham) 


Kat stesen pendidikan ni kami isi borang consent sebanyak 2 copy dan kalau ada alahan beritahu dan catat dlm borang tu apa jd masa alahan sblm ni lepas makan ubat@ sebagainya. Tunggu dalam 10 minit bagi line 6 org tu penuh baru dibenarkan masuk ke tempat vaksinasi


Di Stesen vaksinasi kami kena duduk dalam line 6 org jugak, bagi cukupkan 6 org dan sorang2 akan masuk bilik suntikan , Nurse akan panggil.Masa ni amik masa skit, sebab sorang-sorang kena masuk.jd explore je la dlm stadium tu, tgk Screen besar semua ada info psl vaksinasi.


Dalam bilik suntikan, (gambar xde) akan disahkan lagi nama /IC  lepas tu , cucuk la.. bacalah bismillah dlu , doa hilangkan gemuruh ,bukan pe orang lelaki yang biasanya takut dicucuk ni (kata petugas tu la💁🏻‍♀️😜) selesai petugas akan minta kita buka MySejahtera bhgn profile utk confirm kan bhgn profile juga dan tertera dah situ batch vaccine , tarikh ambil dan sbgnya .kemudian diminta ke stesen pemerhatian untuk pemantauan 




Di Stesen pemantauan ni 15 minit sahaja utk pemerhatian, 30 minit untuk yang ada Sticker macam saya. Tapi rasanya dok lebih lama skit td, sebab nak drive balik klinik so kena Make sure amik masa extra skit relax .

Kat sini relax je la toksah layan perasaan takut tuh , buat la sembang2 dengan kekawan yang dtg sekali (kami sebab hari ni most of ketua unit cucuk so within Us dan YM lain la) 


Akhir 30 minit, its done..boleh la drive balik .. balik tempat koje balik la weh 🤷‍♀️ 





So, overall perjalanan suntikan adalah smooth, tahniah team PPV Yg terlibat dan all my collegue Yg terlibat ( korang tahu siapa korang) tahu korang penat, tapi ini usaha kita semua untuk menjamin kesihatan rakyat. Jadi , untuk semua jangan takut untuk daftar vaksinasi covid ni, tak sakit kecuali la korang tu mengada2 sgt !!! Belum kena cucuk dah kata sakit🤷‍♀️


Adios

#post2hourcominartyvaccination

Kredit: Nornew


No comments

Theme images by sebastian-julian. Powered by Blogger.