Kesan Berhenti Rokok Kepada Badan Manusia!!
Sebenarnya dah lama aku cuba untuk berhenti merokok,tak silap aku perancanganya dalam 2-3tahun lepas..biarpun bermacam iklan,dan amaran yang aku tahu tapi still aku merokok hingga lah terdetik semangat nak berhenti merokok pada suatu hari bila aku rasakan tekak aku sakit ....diam tak diam dah lebih 10 tahun start dari mula-mula aku merokok...tapi alhamdulillah aku sekarang dalam proses berhenti merokok...memang bukan senang nak berhenti tambah pulak bila berada di lingkungan kawan-kawan kaki rokok dan persekitaran orang merokok...gian datang beb!!!!tapi aku berhenti pun bukan mendadak..aku kurangkan bilangan rokok setiap hari..mula2 sehari sekotak 14 batang...then aku kurangkan kepada 7 batang sehari dan seterusnya sehingga la aku merokok 2-3 kali sehari dan..itupun sebab nak gi toilet..jumpa doctor Tan!!!heheh...sehingga la aku betul2 berhenti merokok...aku tak amik patch utk nikotin atau kunyah nikotin bar..aku cuba secara natural...so far so good,aku dpt bertahan...tapi memandangkan bila badan aku tidak menerima nikotin,timbul pulak side effect dari berhenti merokok..effect nih dipanggil "windrawal" satu tahap dimana sistem badan yang sudah lali dgn kehadiran nikotin kini terputus bekalan nikotin..so secara yang aku faham otak akan merembeskan kimia untuk counter effect tersebut dimana kekadang aku rasa tightness dada atau chestpain,kahak, dan sebagainya...tetapi semua nih hanya sementara,akan hilang dalam beberapa ketika...bagi mengurangkankan effect nih boleh la pakai nikotin patch atay kunyah nikotin gum...tapi aku still guna secara natural...hanya semangat saja....dan aku bykkan minum air kosong...tapi jgn terkejut bila satu hari dalam proses berhenti merokok bila kahak yang kuar berwarna hitam...!!tu adalah tar yg ada kat paru-paru yang dikeluarkan melalui kahak!!!eieieieieeeee...geli beb!!!!apa-apa pun itu petanda baik,badan sudah mengalami perubahan akibat ketidakhadiran nikotin dalam badan...
biarpun baru dekat 3bulan,tapi aku rasa boleh bertahan memandangkan semangat aku kuat untuk berhenti merokok masih kuat...harapnya berkekalan selamanya..bukan apa,member aku ada yang dah berhenti setahun lebih tapi start balik merokok disebabkan pressure dan byk berfikir.....dan kat sini aku nak kongsi skit kesan daripada berhenti merokok,aku pun dah start rasa perubahan lepas berhenti merokok..
Dalam masa 20 minit, tekanan darah akan turun ke tahap normal iaitu di antara 90/60 ke 120/80 bagi orang dewasa.
Dalam masa 8jam tahap karbon monoksida(gas toksik) di dalam salur darah akan turun separuh dan tahap oksigen kembali normal.
Dalam masa 48jam pula, risiko serangan jantung akan berkurangan dan semua nikotin telah hilang dalam badan.Deria rasa dan bau kan bertambah ketahap normal.
Dalam masa 72jam,salur kerongkong(bronchial tubes) dalam keadaan stabil dan relax dan tenaga juga kakan bertambah.
Dalam tempoh 2 minggu pula,sistem peredaran darah dan badan akan berterusan mengalami perubahan positif dan berpanjangan sehingga 10 minggu seterusnya.
3 hingga 9 bulan seterusnya masaalah batuk,susah bernafas(wheezing) akan hilang selari dengan perubahan kandungan didalam paru-paru sebanyak 10%.
1 tahun,tempoh dimana risiko mendapat serangan jantung akan berkurang.
5 tahun,risiko strok kembali kepada asal iaitu tahap bukan perokok.
10 tahun,risiko kanser paru-paru kembali ke tahap bukan perokok.
15 tahun,risiko serangan jantung kembali ke tahap bukan perokok.
maknanya disini,aku kena tunggu 10 - 15 tahun untuk kembali ke tahap kesihatan bukan perokok..so maknanya aku habiskan 10 tahun dari usia aku sebagai perokok,dan aku pula kena habiskan 10 tahun lagi untuk counter effect rokok selama 10 tahun tadi...!!!well seems fair to me..i'v been a smoker for 10 years,so i should counter the effect for the next 10 years!!!!apa-apa aku pasti berjaya!!!!Insyaallah
Post a Comment