Header Ads

" KUN FAYA KUN ": Tsunami, Gempa, Burung dan Ikan

Pernahkah terfikir di baju jemala kita yang sesuatu kejadian itu akan ada turutan peristiwa yang mungkin akan terjadi samaada kepada diri sendiri,keluarga atau kepada dunia yang kita diami ini?..lebih-lebih lagi melihatkan keadaan dunia hari ini yang semakin uzur dan bagi yang mempercayai bahawa kita berada di akhir umur dunia...dan seperi kita sedia maklum "kun fa yakun" :“Jadilah!maka terjadilah ia”

Baru-baru ini sebelum terjadinya gemba bumi dan tsunami di jepun yang hampir mencapai julat skala ritcher 9 yang pernah melanda bumi acheh dan sebahagian malaysia tidak lama dulu, telah berlaku satu kejadian yang sehingga hari ini banyak pihak telah membuat telahan dan kejadian di mana berjuta-juta ikan (sardin atau kembung kot) di dapati mati berhampairan perairan california, Los Angeles,yang megah dengan gelaran "The Sin City". Berbagai pihak telah melakukan berbagai-bagai kajian untuk menentukan apakah penyebab kepada kematian ikan-ikan ini dan mengapa ikan-ikan ini hanya mati di sini? Namun sehingga kini,pihak terbabit tidak mendedahkan hasil kajian,samaada hasil kajian itu menunjukkan sesuatu atau sengaja di sembunyikan(close file agaknya) atas sebab-sebab tertentu. Namun ada pihak juga menyatakan gerombolan ikan sardin ini telah tersesat hingga ke situ dan ada juga menyatakan ikan-ikan ini kekurangan oksigen.Wallahhualam...

Gambar : Ikan-ikan sardin di dapati mati di perairan California, berdekatan Las Vegas.


Namun, sebelum terjadinya 'mass suicide' ikan-ikan ini,terdapat satu lagi peristiwa yang seakan-akan sama, tapi membabitkan sekumpulan 3,000 ekor burung telah jatuh dari langit menjelang tahun baru di Arkansas. Seperti biasa, ramai pihak mula membuat spekulasi tantang kejadian yang berlaku itu dan sudah pasti, ramai pihak cuba meramalkan apa yang bakal terjadi,namun itu adalah luar dari bidang mereka kerana itu semua adalah kerja Allah Yang Maha Kuasa, dan manusia pasti tidak akan dapat mengelak dari berlaku.


Gambar : Ikan-ikan paus di dapati terdampar di pantai switzeland, dan tidak lama kemudian, gempa bumi terjadi di switzeland.

Boleh kita amati di sini,kedua-dua kejadian di atas berlaku di dalam 2 bulan pertama seawal menjelang tahun 2011, (ingin aku ingatkan,artikel aku nie tiada kena mengena dengan apa yang diramalkan oleh si Nostradamus tuh yang meramalkan dunia akan berakhir pada 2012 ) yang mana bencana gempa bumi di switzeland berlaku selang beberapa minggu dan sehinggalah gempa bumi dan tsunami yang dasyat telah melanda tanah jepun yang membawa ombak setinggi 10meter. Dan bencana ini belum lagi berakhir di mana,jepun telah di ancam pula oleh sisa radioaktif hasil dari letupan loji kuasa nukleurnya yang berada di antara pusat rekahan. Sehingga kini dianggarkan lebih 1000 nyawa setakat ini, dan angka itu dianggarkan akan meningkat apabila gempa kuat kedua diramalkan akan menyusul kelak.

Gambar : Loji kuasa nukleur di jepun, meletup selepas beberapa hari gempa bumi melanda di jepun.

Sealiran dengan gempa bumi yang berlaku di jepun,tidak terkecuali california yang sebelum ini menyaksiakn mass suicide ikan-ikan sardin, terkena tempias dari apa yang berlaku di jepun, apabila menerima gelombang akibat dari gempa tersebut yang jauhnya 8.000km dari pusat gempa merentasi lautan pasifik. Gelombang ini menghasilkan tsunami kecil yang melanda california dan merentasi jambatan golden gate, 13 jam selepas jepun di landa gempa bumi. Bayangkan setelah 13 jam, masih ada kesan dari gempa tersebut. Biar pun kecik,namun sudah memadai untuk membuat segelintir kita merasa takut kepada kekuasaan Allah.

Rentetan dari peristiwa-peristiwa ini dapatkah kita meramalkan apa yang akan berlaku dalam beberapa bulan,hari mahupun sesaat?Ingatlah kita hanya manusia biasa yang hina di samping Allah. Aku juga tak terlepas, hina dina..dan,
dii atas apa yang berlaku, ketahuilah manusia hanya mampu meramal,menunggu dan membuat spekulasi di atas apa yang berlaku, namun yang pasti ia adalah di luar bidang kekuasaan manusia itu sendiri dan sudah pasti setiap kejadian yang berlaku,setiap pergerakan manusia,setiap perbuatan manusia adalah dengan izin yang Maha Kuasa. Sebagai manusia, kita redha dengan apa yang berlaku dan melakukan yang terbaik untuk menghadapi sesuatu perkara itu dengan akal dan fikiran yang rasional mengikut kemampuan kita setaraf dengan kita sebagai hambaNya yang hina. Pendeta Hati hanya berkongsi pendapat dan info,sekadar berkongsi apa yang telah terjadi di zaman ini, cuma apa yang aku tulis ini jangan di salah tafsirkan, kerana ini adalah pendapat serta pemerhatian aku sendiri dan sumber-sumber foto telah di ambil dari sumber-sumber yang kukuh. Sebagai penutup artikel ini ,renungkanlah ayat Allah ini  sebagai iktibar dan peringatan kepada diri aku sendiri yang jahil ini.....Wallahhualam...Pendeta hati kembali bersuara...


Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi. Ya-Sin, 82

Sumber foto :
http://greenboc.blogspot.com/2011/03
http://liberalforum.org/liberalforum/
http://blog.jai-ho.biz/2011/03/
http://www.guardian.co.uk/
http://news.nationalgeographic.com
http://greenboc.blogspot.com/2011/02/misteri-100-paus-ditemui-mati-di-pantai.html

3 comments

PENDETA MALAM said...

bak kata PenaMaya, terdengar siren tsunami berbunyi,bagaimana pula tiupan sangkakala nanti....subhanallah...

Jaja said...

Semuanya kuasa Allah...dunia makin dekat dengan kiamat, dah tua usianya..

Jaja Zaleha said...

Semua ada sebab musababnya..Allah yang lebih mengetahui..

Theme images by sebastian-julian. Powered by Blogger.