Header Ads

Di mana tempat ku di sisimu?

suatu petang yg damai..sepasang suami isteri berjalan beriringan dipersisir pantai yang nyaman..di temani deruan ombak dan angin pantai yang mesra sekali..kadang kala bersama butiran pasir yang halus berterbangan hinggap di pipi si isteri..si suami dengan mesra membersihkan pasir halus itu dari muka isterinya...tersinar dari kedua pasangan ini kemesraan yang mendalam..kasih sayang yang bertaut rapat,di ikat dengan akad yang sah..bersaksikan kasih yang mendalam...

 Tiba-tiba suami terpandang raut wajah isterinya yang seperti dalam keadaan yang runsing sekali.Seperti ada satu persoalan yang perlu di rungkai supaya dapat menenangkan hatinya..lalu si suami bertanya dengan nada yang paling lembut sekali..'wahai teman ku,wahai isteriku,wahai kasih sayangku..kenapa ku lihat wajahmu seperti mempunyai seribu tanda tanya?ada kah sesuatu percakapan ku yang menyinggung hati mu?adakah kekurangan dalam hidup mu yang belum dapat aku penuhi?..katakanlah..dengan izin Allah,dapat ku adakan untukmu biar sebutir pasir supaya wajahmu tidak gusar di sampingku...

' Denga nada yang sedih..bersama linangan airmata kasihnya kepada suaminya..lalu si isteri meluahkan apa yang selama ini mengundang kegusaran hatinya..lalu dia pun bertanya.. 'wahai cahaya duniaku,wahai penunjuk syurgaku,wahai suami ku..terlalu lama ku cari waktu yang sesuai untuk ku ajukan persoalan kepadamu..persoalan yang sering menghantui, persoalan yang boleh menimbulkan syak wasangka ku kepadamu..ingin isterimu ini bertanya,wahau suamiku,kenapa setiap kali kita berjalan.setiap kali kita berdua duduk,setiap pagi kita bersama,setiap petang kita beristirehat dikau sering menempatkanku di sebelah kanan mu..sedangkan diwaktu malam kita bersama kau sering menempatkan aku disebelah kiri mu..adakah aku sehina itu untuk kau tempatkan ku disebelah kiri mu sedangkan di waktu siang kau seringkali menempatkan aku di sebelah kanan mu?..hinakah aku sebagai isterimu yang sah?hinakah aku pada pandanganmu di waktu malam..??..

 air mata si isteri bejujuran setelah segala persoalan di kemukan kepada suaminya..seperti satu bebanan yang terlepas dari bahunya...namun dia sedar..kemurkaan suami kemurkaan Allah..tapi tak terbendung perasaan untuk bertanya kepada suaminya itu..




 Lalu dengan muka yang manis dan suara yang lemah lembut sambil mengusap dahi isterinya,si suami pun berkata.. 'wahai isteri ku. .kasih ku tidak berbelah bagi untukmu..sayangku tetap denganmu..setiap hari di waktu siang,aku sering menempatkan mu di sebelah kanan ku supaya ku tahu kau merupakan insan yang sentiasa bersama ku..susah dan senang..sakit dan sihat..kaya dan miskin..supaya ku beringat siapa teman hidupku yang selalu mendampingiku..supaya ku tahu kau lah yang paling ku hormati selain ibubapaku..jangan lah kau ragu kasih sayangku..ketahuilah wahai ummmi untuk anak anak ku kelak,sebab ku tempatkan mu disebelah kiriku diwaktu mlm kerana di situlah permulaan mu,disitulah kau dijadikan dari rusuk kiri kaum adam dan kerna itulah kutempatkan mu disebelah kiriku diwaktu mlm kerna kumahu kau tahu yang dirimu sentiasa bersama ku...jgn lah kau ragu kasih sayangku...




No comments

Theme images by sebastian-julian. Powered by Blogger.