Fidyah Puasa

Disebabkan kelalaian aku selama ini, hampir-hampir tak dpt bayar fidyah emak aku tahun lepas sebelum ramadhan ini..sebenarnya awal bulan lepas dah bergegas ke majlis agama islam tempatan untuk bayar zakat dan fidyah, dah la parking jenuh nak dpt..last2 dapat jugak..menapak juga ler di buatnya..nak bayar zakat takda masaalah langsung,tapi dok nak nak bayar fidyah punya la jenuh...bila sorang nie gi meeting ker apa ker, yang lain takkan tak boleh buat keje tuh...tak multi tasking langsung..tunggu punya lama tak juga di panggil..so ini lah dia, orang nak bayar sesuatu yang di tuntut ,tapi adalak yang melengah-lengahkan...takpa la..bukan ini yang aku nak ceritakan , tapi nak ceritakan sedikit pasal pembayaran fidyah nie menggunakan internet payment..aku pun baru tau hari ini..so sekarang tak ada alasan untuk lewat dan tak bayar fidyah dah....

( hanya punggutan zakat wilayah persekutuan sahaja yang ada link fidyah online dan fidyah boleh di bayar di mana-mana sahaja)


Pembayaran fidyah secara online

  1. Login ke akaun Maybank2U anda di www.maybank2u.com.my –> login
  2. Klik Accounts & Banking
  3. Klik Bill Payment
  4. Klik Make a One-Off Payment
  5. Pilih kategori dari drop-down menu : Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP –> klik confim
  6. Pilih kategori dari drop-down menu : Fidyah —> klik confirm
  7. Ikuti langkah seterusnya, isikan ruangan untuk jumlah, akaun dan nombor telefon
  8. Masukkan TAC number dan klik confirm
  9. Ikuti langkah hingga anda mendapatkan resit dan simpan resit sebagai rujukan.
Mudah sangat sekarang nie..Alhamdulillah..cuma kalau boleh majlis agama islam tempatan menerapkan aplikasi sebegini pada website masing...


Kalkulator fidyah online

Untuk pengiraan bayaran fidyah, boleh lah ikut link di bawah :

klik  di sini: Kalkulator Fidyah


Panduan Pengiraan Fidyah



note : dah selesai dah bayar fidyah mak aku...alhamdulillah




0 comments:

Share it, Like it, Twitter it even Email it

Premium Blogspot Templates
Copyright © 2012 PENDETA HATI