Header Ads

Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha,





Ikhlas bermaksud, menumpukan niat bagi setiap kerja ibadat atau amalan semata-mata kerana Allah dan untuk Allah. Ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas sudah tentulah bersih hati daripada unsur riya', nifaq dan ‘ujub. Antara ayat-ayat lain dalam al-Quran yang memperkatakan tentang ikhlas ialah :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dalam mengikhlaskan agama (ibadah) kepada-Nya”. (Surah al-Zumar:11); Katakanlah: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepada-Nya”. (Surah Az-Zumar:14);Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepada-Nya. (Surah al-Bayyinah : 5).





"Aku ikhlas..."

Ramai yang menggunakan ayat nie..tapi betul kah dapat menghayati maksudnya...?pastikah kita mengikut apa yang di maksudkan...setiap pekerjaan,perbuatan,pertuturan dan perlakuan termaktub ke atas keikhlasan dan bersandarkan kepada tawakkal kepada Allah...di ikuti dengan redha di atas musibah yang melanda kerana kita tahu balasan yang akan diterima pastinya berlipat kali ganda lebih baik dari apa yang terlepas..namun jangan sampai mengharap balasan...tapi redha dengan segalanya, setelah usaha sehabis mungkin dan hati yang bersih dari segala hasad dengki...putih bagaikan kapas yang keluar dari kelopak induknya....

Dalam kehidupan di akhir zaman ini, keikhlasan sudah hampir luput, tawakkal sekadar ucapan bagi menyedapkan ayat ,redha hanya kerana di timpa musibah dan kesusahan...editor pun kekadang demikian juga perilaku...tapi sama-sama usahakan yang terbaik dan cuba untuk berubah..

Ikhlas letaknya pada hati,bersihkan hati..cantiklah peribadi...ikhlas dalam melakukan apa jua tanpa mengharapkan balasan...ikhlas dalam beramal ibadat dan ikhlas terhadap sesama manusia...tapi masih adakah yang hatinya betul-betul mendalami makna ikhlas...?wallahualam...tapi apa yang pasti,keikhlasan bukan di ukur secara individu tetapi keikhlasan seseorang hanya Allah yang maha mengetahui....satu persoalan kepada pembaca budiman, adakah kita ikhlas dalam mengerjakan solat atau sekadar menunaikan apa yang wajib di perintahkan oleh ALLAH...?atau sekadar melepaskan batuk di tangga , beribadah tanpa keikhlasan....solat tanpa keikhlasan adakah di terima ALLAH...sudah tentu di tolak oleh ALLAH..keikhlasan datang sebelum redha...ikhlas mengerjakan sesuatu dengan harapan mendapat keredhaan ALLAH...ikhlas menjaga ibubapa bukan mengharap harta pusaka....bersihkan hati dari segala hasad,segala perasaan buruk sangka pasti segala pekerjaan dan amala yang ikhlas di terima ALLAH..

                                                             ikhlas dalam berkawan


Bagaimana pula ikhlas sesama manusia di bumi..?seperti yang di nyatakan tadi keikhlasan bukan di ukur dari individu tetapi melalui hati yang hanya di ketahui oleh ALLAH...wallahhualam...namun kita sebagi manusia hendaklah ikhlas membantu dan ikhlas dalam silaturrahim tak kira bangsa dan agama...berkawan juga perlukan keikhlasan..bkn berkawan semata-mata untuk mendapatkan sesuatu yang di inginkan dari kawan itu.....ikhlas kah kita bila berdepan dengan kehidupan yang miskin?ikhlas kah kita apabila di timpa musibah,ikhlas kah kita dalam memperolehi kekayaan dunia..?ikhlas kah kita apabila berdepan dengan dugaan ..?semua ini memainkan peranan dalam mendapat keredhaan ALLAH...ikhlas dalam memaafkan dan memohon maaf kepada seseorang merupakan jambatan ke syurga hanya dengan memaafkan dengan ikhlas...ikhlas kah kita dalam kehidupan seharian....atau adakah kita menzalimi keikhlasan seseorang kepada diri kita sendiri...Nauzubillah...





~ sekadar berkongsi apa yang ingin di perkatakan ~


No comments

Theme images by sebastian-julian. Powered by Blogger.