Doa Ku Untuk MU
Ya Allah,
tolong lembutkan hatiku dan hatinya
utk kami menerima segala dugaanMU dan menerimanya dengan redha
kerna hambaMU ini tak sanggup lagi bergelumang dosa lampau,
kerna hambaMu ini takut dengan murkaMU...
kerna hidup dan matiku atas kemahuanMU Ya Allah..
Tuhanku,
kau lah maha pengampun maha segalanya,
ampun kan dosa ku ya Allah,
lupa kepada Mu waktu senangku,
kembali pada MU hanya waktu duka ku..
hanya kau lah maha penerima dan pemberi pengampunan..
terimalah solat ku,
rukuk ku,
sujud ku,
ibadah ku,
amalan-amalan ku,
dan terimalah taubat ku ya rabbal alamin..
hanya kau maha pengampun dosa-dosa besar dan hanya kau lah maha segalanya..
Rindu ku semakin kuat padanya Ya Allah,
Kurniakan rahmatMu kepadanya,
Kurniakan kebahagian kepadanya,
Permudahkan urusannya dunia dan akhirat...
dan kau hilangkan perasaan cinta ku kepadanya...
kerna cinta dan rindu ku untuk memuji MU lebih dari segalanya...
kekalkan perasaan ini Ya Allah,
tak sanggup lagi aku melupakanMu lagi...
tak sanggup ku meniti titian siratulmustakim tatkala di dunia aku melupakanmu..
biar cinta agung MU meangatasi segala cinta yang ada di hati ini..
biar kan dia bahagia,ku doa kan segalanya yang terbaik untuknya..
Kerna ku tahu Ya Allah..kau sentiasa bersama ku,sentiasa bersama kami
...namun hanya kami yg melupakanMU..
Hujan, jangan kau hilangkan jejak air mataku ini,
yang mengalir menyesali perbuatan ku kepadanya..
biarkan air mataku terus mengalir,mengalir tatkala sujud ku,tatkala tangan menadah pada yang Esa
supaya ku terseksa akibat dosaku,
kerna cinta dunia,kerna nafsu dunia,kerna kealpaan ku
supaya peringatan padaku terhadap dosa yang lalu.
supaya aku beringat 'kun faya kun'....
supaya ku ingat ada cinta yang lebih agung dari cinta dunia..
Hujan ,
jangan selindungkan air mataku didunia,biarkan ia mengalir..
kerna aku tak mampu berhadapan dengan Allah tatkala aibku
terbuka di padang mahshar....
tatkala mentari membakar kulit ku...
tatkala hanya amalan di dunia dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W sebagai bekalan..
Ya Allah,
aku hanya berserah pada MU namun bukan ku pasrah,
aku hanya redha hanya kerana keampunanMu,
penyesalan ku bukan kerna redha itu ikhlas,pasrah itu meyerah..
tapi kerna kewajipan ku terhadap MU sebagai hamba yang hina..
sebagai hamba yang di tiupkan roh ke jasad ini hanya untuk menyembahMU...
Ya Allah,
Ya Rabbul Izzati,
Ya Haiyum,Ya Qayyum..Ya Rohman, Ya Rohhim...pemberi dan penarik rezeki dan nikmat...maha mengetahui dari segala yang kami ketahui, yang menghidup dan mematikan..
Penguasa seluruh alam......segala yang terpuji hanya utk MU...
Sesungguhnya,
aku tak layak mencium syurga mu,
dan tak pula ku sanggup menahan bahang nerakaMu
Tolong lembutkan hati ku,
untuk terima Qado' dan QadarMU..untuk menerima seadanya..
Lapangkan hati ku untuk mencari sinar yang hilang..
Lembutkan hati ku untuk redha dengan pemergian dia...
Lembutkan hati dan lapangkan fikiran ku
Ampunkan dosaku,
Matikan aku dalam Islam,
permudah kanlah urusan ku dunia dan akhirat
supaya dpt ku mencari cinta agungMU....
Amin..Ya rabbal Alamin..




2 comments:
T_T touchingnyer~
segala yang berlaku..atas izinNYA..kesalahan sudah berlaku,masa takkan berulang...huhuh...editor sekadar ingat mengingati dan sebagai peringatan kepada diri sendiri..'kun fa ya kun'.."maka jadilah"...
Post a Comment