'WARISAN'

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara…

Teringat aku time sekolah dahulu dalam tahun 1990-1994,aku selalu mengikuti perkhemahan tak kira anjuran sekolah,Rukun tetangga,belia4b,Pejabat kerajaan,biro tatanegara ker apa ker...semua aku join....bukan apa aktiviti nya tuh sentiasa aktiviti yang best....dan selalunya sudah pasti ada aktiviti patriotik seperti nyanyian lagu patriotik,pentomem dan sebagainya..tak lupa jugak aktiviti keagamaan...So selalunya lagu patriotik ini lah yang selalu dinyanyikan ketika itu...Rasa diri bersemangat dan berguna kepada agama,bangsa dan negara.....cewahhh!!!tak perlu lah aku terangkan selebihnya mengenai lagu ini!!!dengan senario politik negara kita,dan negeri aku nih,sudah cukup untuk menerangkan segalanya....dan aku rasa para Menteri kabinet,YB parlimen,Ketua Menteri,Menteri besar,Exco-Exco negeri,Pengarah-pengarah Kementerian dan Negeri semuanya DIWAJIBKAN untuk menyertai aktiviti-aktiviti sedemikian kerana mereka semua sudah lupa!!sudah lalai!! dengan dengan kedudukan mereka!!kenapa tidak???bukankah mereka di parlimen beria-ia bersetuju PLKN di laksanakan!!!bagus apa PLKN...!!!Membina semangat setiakawan tak kira bangsa,semangat cintakan agama dan negara...PATRIOTIK untuk negara....PLKN nih untuk remaja lepasan sekolah saja...jadi tak salah lah kalau diadakan pulak PLKN untuk para menteri dan ahli parlimen dan golongan yang di sebutkan di atas....!!!bagi semua refreash kembali perjungan yang sedang mereka perjuangkan...tak kira pembangkang ataupun kerajaan...jangan asyik nak berdebat menyalahkan sana-sini,berdebat untuk kepentingan parti bukan kepentingan rakyat....prejudis terhadap pembanggunan negara yang dibuat oleh pihak kerajaan....dua-dua pun sama..Oleh itu PLKN versi VIP nih sesuatu yang baik,sebab MANUSIA MUDAH LUPA!!!!elok letak sekali pembangkang ngan kerajaan dalam satu dorm....baru lah masyarakat majmuk kerana dua-duanya MALAYSIAN!!!!!


0 comments:

Share it, Like it, Twitter it even Email it

Premium Blogspot Templates
Copyright © 2012 PENDETA HATI