Header Ads

Alahai kerajaan.....................!!!!

AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606.


                                                                        gambar hiasan


Siapa yang tak kenal no. plate kereta nie???kalau nak tau nie la kereta-kereta exco negeri perak yang bakal di lelong tak lama lagi di perkarangan letak kereta SUK perak.Sebenarnya aku pun tak cam no. plate diorang nih..heheh...tapi yang aku tau kereta nih jarang bebenor ada kat SUK.Memangla kereta nie di belikan pada ahli exco,tapi ye la dah dapat kereta baru senang la datang kerja,laju lak tuh.Jangan Marah ye,sekadar pandangan peribadi.Sekurang-kurangnya kerajaan Perak dapat duit lebih hasil dari lelongan kereta-kereta ini..Banyak tuh kalau 16 x rm148,000.00,berapa dah...??heheh..sekarang nih zaman gawat,takkan asyik rakyat jer kena jimat,dah la rakyat kena berbelanja untuk stabilkan ekonomi,sedangkan kerajaan berbelanja besar...!!!Meeting jauh-jauh,duduk kat hotel-hotel yang best..sedangkan hasil dari meeting tuh masih tertangguh..saja makan angin la tuh....Seperti baru-baru ini meeting ketua-ketua jabatan yang terlibat dalam perlaksanaan sistem e-tanah,yang berlangsung di ipoh.Meeting untuk negeri 9 sahaja..yang dikendalikan oleh federal..kenapa la tak buat kat k.l jer kan dekat...tak sampai 100km...entah la aku tak tau macam mana mentaliti penjawat jawatan kerajaan sekarang....Nak difikirkan sedalam-dalamnya sesuatu kerajaan yang di tolak oleh rakyat itu sudah pasti kerana prestasi kerajaan itu sendiri yang tidak konsisten atau mempunyai cacat cela..Jadi siapakah yang menyebabkan cacat cela ini?????Sudah tentu perjawat jawatan kerajaan!!!!!rasuah sana sini,satu hal,tak mesra pelanggan,karenah birokrasi,kronisma,berpuak-puak dan macam-macam lagi....aku berkata demikian kerana aku banyak berurusan dengan golongan ini..bukan sebagai penjawat kerajaan ok!!..banyak yang aku perhatikan,banyak yang aku dengar...memang pada dasarnya kita nampak Menteri-menteri sebenarnya jerung besar!!!jerung paus la senang...sekali ngap main juta-juta..tapi sbelum ngap yang juta-juta,pasti di ngap yang ciput-ciput dulu..yang ciput-ciput ni la kerja orang bawah yang banyak berurusan dengan rakyat...!!!!!!siapa yang pilih kerajaan??sudah pasti rakyat yang dah kena ngap ciput-ciput nih!!!!!!!!mana tidak kerajaan di tolak....!!!???sedangkan nak tengok geran tanah sendiri pun kena ngap!!!!!!!!!!!sian pakcik-pakcik tua tuh....alahai kerajaan!!!!

berbalik pasal kereta lelong tadi,dengar-dengar kereta bekas MB perak Dato seri Nizar,telah di tempah oleh beliau sendiri..hehehe...sebagai simbolik dia pernah menjawat jawatan tersebut..agaknyala..tapi kalu Dato seri Dr zambery yang beli kereta tuh,lagi simbolik....faham-faham sendiri sudah la...

Tapi yang paling aku heran sekali kat malaysia nih la kan,kenapa yer kereta-kereta nasional kita yang di war-warkan menggunakan bahan tempatan dan kepakaran tempatan harganya terlalu tinggi...dan penyelenggaraan kereta-kereta kerajaan seperti perdana melambung tinggi????Tak munasabah langsung diorang nih..nie la sebab bila ada jerung paus duduk kat atas,biar rakyat tanggung semua kos pembuatan,diorang dapat profit dari pembuatan.......alahai kerajaan,mana tidaknya rakyat terus-terusan cuba menolak korang..yang jadi mangsanya rakyat yang setia dan patriotik yang tak mengharapkan belas ehsan dari sesiapapun..biarpun kerajaan sekalipun....alahai kerajaan!!!

No comments

Theme images by sebastian-julian. Powered by Blogger.